Selasa, 8 Februari 2011

Pengkalan Baru, 31300 Sungai Raia, Perak

Pengkalan Baru merupakan sebuah kampung yang terbina sezaman dengan pembinaan bandaraya Ipoh dan Kuala Lumpur. Ia terletak di atas tanah amang yang luas. Hasil dari perlombongan bijih timah, meninggalkan satu kawasan semak lombong dan kolam air tawar yang luas. Terdapat banyak  fauna yang menjadikan Pengkalan Baru sebagai habitatnya seperti burung-burung tropika seperti merbah, kunyit, jejawi, murai, tekukur, merbuk, pekaka dan ayam hutan. Burung-burung nomadjuga didapati singgah di kawasan-kawasan berair. Terdapat banyak flora tanah pamah dan perbukitan seperti cenderai, kronam, halban, jerak, lempoyang, medang teja, jambu batu, jambu mawar, bucher, sahasia dan akasia yang tumbuh meliar dan menghiasi daerah ini seperti taman-taman indah. Tempat-tempat menarik di Pengkalan Baru ialah seperti Istana Kelly Smith, Tasik-tasik besar Pengkalan Baru yang menjanjikan hasil pancingan yang lumayan, TasikTelaga Tujuh yang terletak jauh dari orang ramai, Sungai Raia yang besar dan deras sesuai untuk aktiviti rafting dan Masjid Pengkalan Baru yang dikenali sebagai Masjid Ar Rahmaniah, Pengkalan Baru. Orang-orang Melayu di Pengkalan Baru kebanyakannya berasal dari kaum Telu iaitu satu suku Melayu berasal dari Sumatera.

gb1: Lokasi Pengkalan Baru

Pengkalan Baru merupakan sebuah daerah terpinggir dari arus pembandaran kerana faktor kelemahan pentadbiran peringkat kampung. Oleh itu, pembangunannya terhenti setelah terbinanya sebuah sekolah rendah iaitu SK. Pengkalan Baru dan sebuah masjid iaitu Masjid Ar Rahmaniah, Pengkalan Baru.

gb2: Lokasi Masjid Ar Rahmaniah dan Sk. Pengkalan Baru


SEJARAH PENGKALAN BARU

Kampung Pengkalan Baru telah dibuka pada tahun 1800an oleh Toh Sedewa Domba di atas tanah miliknya bersebelahan jalan ke Batu Gajah. Pengkalan Baru ditubuhkan untuk menempatkan penduduk-penduduk kampung sekitar Sungai Raia yang telah dipugar untuk aktiviti melombong bijih timah. Beliau yang kaya kerana  bertanggungjawab membangunkan perlombongan bijih timah di daerah Sungai Raia telah membuat kediaman besarnya di sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Kampung Kepayang (Gosttown) berdekatan Sungai Raia. Bijih timah yang dilombong di sini akan dibawa melalui Sungai Raia ke Batu Gajah. Kediaman ini berkembang menjadi pekan yang sibuk kerana terletak di antara dua pekan besar ketika itu iaitu Pekan Ipoh dan Pekan Gopeng. Pekan yang lengkap dengan kedai, pasar, sekolah dan masjid yang mana masih ada sehingga sekarang. Sayangnya Toh Sedewa Domba ni tidak membina pekan menggunakan namanya. Sepatutnya Kampung Kepayang ini harus ditukar namanya kepada Pekan Sungai Raia.

Daerah besar Pengkalan Baru adalah meliputi sepanjang Sungai Raia hingga ke kaki gunung Banjaran Titiwangsa.

gb3: Lokasi Daerah besar Pengkalan Baru

 g4: Mukim Sungai Raia

 g5: Mukim-mukim dalam Daerah Kinta

g6: Lokasi asal Kampung Pengkalan

Pada asalnya iaitu sebelum penerokaan bijih timah dijalankan, Sungai Raia merupakan sebuah sungai yang besar dan dalam sesuai dengan namanya Sungai Raia. Oleh kerana aktiviti perlombongan bijih timah yang telah dijalankan hingga ke hulu Sungai Raia berdekatan Tanah Tinggi Kinta, membuatkan sungai ini menjadi cetek dan sempit. Di sepanjang tebing Sungai Raia ini terdapat banyak kampung-kampung tradisional Melayu seperti Kampung Nangka, Kampung Pengkalan dan seberapa banyak kampung yang telah pupus akibat krisis perlombongan ini. Terdapat satu pengkalan sungai yang amat penting di tebing Sungai Raia (di lokasi dalam bulatan) dan penduduk sekitar pengkalan itu menamakan kampung mereka sebagai Kampung Pengkalan. Apabila Toh Sadewa sampai sekitar 1800 ke daerah ini, beliau telah mendapat hak perlombongan bijih timah di sepanjang Sungai Raia. Beliau telah membuat petempatan baru yang dipanggil Kampung Kepayang. Semua penduduk kampung telah dipindahkan ke satu petempatan baru iaitu di salah satu tanah miliknya ke baruh sebuah kampung purba iaitu Kampung Telaga Tujuh dan Cangkat Mengkudu (kini Kampung Telaga Tujuh telah menjadi sebuah tasik yang amat besar kesan perlombongan bijih timah menggunakan kapal korek manakala Kampung Cangkat Mengkudu menjadi tapak perkuburan Pengkalan Baru dan kawasan perladangan kelapa sawit dan getah) lalu dinamakan Kampung Pengkalan Baru. Beliau dengan murah hati telah mewakafkan sebahagian tanahnya (secara lisan sahaja) untuk dibina sekolah yang dikenali sebagai SK. Pengkalan Baru dan sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Pengkalan Baru yang kini diberi nama baru, Masjid Ar Rahmaniah, Pengkalan Baru. Kini, waris kepada Toh Sadewa telah menjual tanah datuknya kepada orang Cina dan Benggali menyebabkan status tapak sekolah dan masjid menjadi bermasalah. Kesan tiada motivasi penduduk serta ketua kampung yang lemah menyebabkan kampung ini kian malap. Lokasi asal Kampung Pengkalan telah dibangunkan sebuah taman perumahan yang diberi nama Taman Perumahan Mesra Raia. 

gb7: Last (lost) Point House. Rumah pinggir hutan beratap biru. Kini tinggal sejarah

gb8: Kawasan permainan aku.

Sekitar lombong besar itu adalah tempat bermain aku. Sebab itu aku dipanggil dengan nama Forest Entiti. Aku juga menggelar tempat itu Forest City. Ke Utara sedikit terdapat kawasan perumahan yang dipanggil Mesra Raya. Dulu tempat itu adalah termasuk dalam daerah Forest City aku.

gb9: Forest City aku yang kini telah menjadi sebuah taman perumahan

gb10: Waterville, Farest City

Aktiviti ekonomi utama ialah menyawit, menggetah dan menyerai.

gb11: Pokok sawit

 gb12: Buah sawit

 gb13: Pokok getah

 gb14: Getah yang telah ditoreh

gb15: Pokok serai

gb16: Serai yang telah dituai

gb17: Serai yang telah dikelaskan untuk dijual

Tiada ulasan: